Belajar tilisan jawi telah memasuki era baru dengan ciptaan sofwe computer oleh tiga pelajar melayu kreatif.
Mereka terdorong mencipta sofwe itu setelah mendapati tidak ramai pelajar melayu Politeknik Singapura(SP) yang tahu membaca atau menulis Jawi
Mereka juga mahu menunjukkan bahawa tulisan Jawi boleh dipelajari melalui komputer dan menghidupkan semula pengunaannya dikalangan masyarakat Melayu.
Ketiga-tiganya – Encik Ahmad Faris Salleh, Encik Noor Hasbi Yusoff, kedua-duanya 20 tahun dan Encik NoorrazareNoorazare Puasa, 21 tahun – adalah pelajar tahun akhir kursus Elektronik, Komputer dan Komunikasi di SP.
Dengan bantuan pensyarah dan penyelia mereka, Encik Elias Abbas, meraka akhirnya dapat menghasilkan sofwe itu setelah mengusahakannya selama enam bulan, walaupun mereka mengakui ia kurang sempurna.
“Projek ini memakan masa sebab kami terpaksa buat dari mula. Yang lebih sukar ialah kerana tulisan jawi dari kanan ke kiri” kata Encik Ahmad Faris.
Mereka juga terpaksa menukar huruf huruf Rumi di papan ketik kepada 35 huruf jawi termasuk lima huruf jawi melayu ‘va’, ‘ga’, ‘ca’, ‘nga’ dan ‘pa’.
Melalui sofwe ini, pelajar boleh belajar menulis jawi di layar komputer dengan iringan bunyi sebutan itu. Tetapi, kerana ia belum sempurna, sesetengah huruf tidak boleh disambung menjadi perkataan yang lengkap.
About: In 1996, my poly final year project “Jawi Wordprocessor” was featured in Berita Harian. I remember it was published around late May. Picture is a bit blurry. So I type the content here with a bit correction(They spell my name with double ‘r’).